<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar/1771486990340553909?origin\x3dhttp://farhana-malayblog.blogspot.com', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
Wednesday, January 14, 2009
Selamat tinggal SQSS
Salam sejahtera kepada semua yang membaca blog ini.
Saya hendak memperkenalkan diri saya. Nama saya ialah Farhana.
Kini saya menuntut di menengah lima
di Sekolah Menengah Shuqun.
Saya ingin berkongsi sedikit maklumat tentang diri saya.
Saya mempunyai 3 adik beradik termasuk saya iaitu abang kembar dan adik
perempuanyang berumur 15 tahun pada tahun ini.
Di masa lapang, saya suka meluangkan masa itu
dengan keluarga kesayangan saya.
Selain itu, saya juga suka mendengar musik.

Sekarang saya hendak berkongsi satu peristiwa yang terjadi di Sekolah Menengah Shuqun yang amat sukar dilupakan. Setiap kali saya meingatinya, saya akan ketawa seorang diri. Peristiwanya amat lucu. Peristiwa itu berlaku apabila saya di menengah dua. Ketika itu cikgu saya asyik memarahi saya kerana setiap kali beliau mengajar,saya akan berbual-bual dengan kawan di sebelah saya. Oleh itu, cikgu memandang rendah dengan saya lagipun saya seorang bangsa melayu.

Tetapi pandangan itu akan berubah.
Pada satu hari, cikgu memberi ujian kepada kelas saya. Ujian ini menguji beberapa jauh kami dapat mempelajari dalam topik yang diajar olehnya.Jadi, saya telah mengulang kaji bersenyapan kerana saya hendak memberikan cikgu saya kejutan dalam keputusan saya nanti.

Hari untuk mendapat keputusan. Cikgu telah memberikan keputusan kepada kawan disebelah saya dengan wajah yang seperti harimau beranak muda. Jadi, saya juga berasa takut kalau beliau hendak membuat wajah yang sama kepada saya. Tetapi yang lucunya, setelah beliau memulangkan keputusan saya, beliau hanya diam membisu. Saya tahu mengapa beliau membuat begitu. Beliau berasa malu apabila beliau melihat saya telah mendapat markah yang begitu baik. Tambahan pula, beliau berasa menyesal memandang rendah dengan saya yang berbangsa melayu.

Sebenarnya, saya hendak memalukan cikgu itu. Saya tahu saya tidak boleh membuat demikian. Tetapi saya harus membuatnya kerana saya hendak membuktikan bahawa orang berbangsa melayu tidak boleh dipandang rendah. Saya cukup berpuas hati dengan sikap saya yang berani untuk mencabar pandangan cikgu saya itu.

Ini membuat saya sukar untuk lupakan peristiwa itu. Meskipun begitu, saya tetap menghargai cikgu itu kerana beliaulah yang membuat saya hendak belajar lebih bersungguh-sungguh. Selain itu, beliau juga telah membuat saya sedar bahawa bukan sahaja beliau yang memandang rendah terhadap bangsa melayu tetapi masyarakat juga.

Di samping itu, saya juga hendak mengambil peluang ini untuk mengujapkan terima kasih kepada semua guru-guru dan sesiapa sahaja yang telah menolong saya hingga ke tahap ini.
Saya berharap saya tidak akan mengecewakan orang yang telah berjasa untuk saya. Cita-cita saya untuk sekarang hanyalah untuk menggenggamkan ijazah. Jadi saya berharap cikgu-cikgu dan semua anggota keluarga saya akan selalu membimbing saya. Saya berjanji saya akan bekerja lebih keras.

Akhir kata untuk pelajar-pelajar baru di Sekolah Shuqun ialah selalu belajar bersungguh-sungguh dan jangan sesekalipun berputus asa. Jika anda berhasrat untuk berjaya, jangan hanya memandang ke tangga tetapi belajarlah untuk menaiki tangga tersebut.





Kenangan manis♥ 6:19 PM
About Me
the Past
Links
Tag Board
Layout Information